Resepi Bubur Pulut Hitam Pressure Cooker
Bubur pulut hitam memang sedap di makan masa minum petang tak pun semasa minum malam/supper kan... Takpun semasa bulan ramadhan, kita makan bubur hitam lepas balik tarawih.. Alahai..dh terasa sangat dekat dah nak ramadhan ni kan.. Biasanya sebelum nak masak bubur pulut hitam ni kan kita perlu merendam beras pulut hitam tu selama 1 - 2 jam macam tu kan... Alahai..malas rasanya nak tunggu lama kan 2 jam tu.. Apa kata kita cuba short cut menggunakan periuk tekanan tinggi/ pressure cooker.. Kita pakai periuk yang biasa jer panas atas dapur gas. Tak perlu pakai periuk mahal Noxxa tu.. Ok jom lihat bahan-bahannya: Bahan-bahan: 1 cawan beras pulut hitam 2 1/2 cawan air bersih2 200ml/ 1 kotak santan kelapa 3/4 cawan gula merah (ikut citarasa masing-masing) 1/2 sudu kecil garam Daun pandan (Optional) Cara-caranya: Cuci bersih beras pulut hitam dan toskan Masukkan beras pulut hitam dan 2 1/2 cawan air ke dalam pe...