Sabun Organik

Assalamualaikum semua.. Dan Salam sejahtera.. Dah lama rasanya blog ini tidur lena. Tibalah masa untuk bangun kembali..

Ok.. Bila cakap pasal barang organik ni apa yang terlintas di fikiran anda? Macam2 kan? Barang organik ni adalah dari sumber organik bebas bahan kimia. Saya telah menjadi pengguna sabun organik sejak tahun lepas lagi.

Memang pada awalnya agak payah dan sukar untuk saya menerima sabun organik ni. Yerlah.. Bila mandi guna sabun ni takde meninggalkan bau wangi pun macam sabun2 lain kan.. Tapi tetap tak putus asa.. Guna jer dulu sabun ni untuk melihat keberkesanannya..

Ok.. Tiba masa untuk saya berkongsi di sini. Selepas sebulan menggunakan sabun organik ni apa yang saya lihat perubahan pada kulit amat jelas.. Kulit terasa licin, lembut,  bersih dan sentiasa lembab. Kalau anda perasan bila lepas mandi dengan sabun biasa, kulit kita akn jadi kering memerlukan lotion yang banyak untuk lembabkan balik. Sejak dari itu.. Saya terus menggunakan sabun organik untuk mandi dan mencuci muka.

Wangi perfume tak semestinya baik untuk kulit kita.. Semua bahan kimia juga sangat tak elok untuk kulit. Sabun-sabun anti bakteria yang dijual di luar semuanya mengandungi bahan pengawet dan pewangi. Ini adalah untuk menarik pelanggan membeli produk mereka. Pernahkah anda terfikir dalam sehari berapa banyak bahan kimia yang anda telah berikan pada tubuh anda termasuk dalam makanan seharian anda?

Jadi marilah sama-sama bertukar kepada sabun organik untuk kesihatan kulit kita...

Antara koleksi sabun organik yang saya gunakan adalah seperti berikut:

1. Sabun organik susu kambing dengan arang
2. Sabun organik susu kambing dengan kayu manis
3. Sabun organik honey oat untuk kulit sensitif
4. Sabun organik beras dengan luffa
5. Sabun organik kopi oren luffa

Di manakah boleh kita dapatkan sabun-sabun organik?
Zaman IT sekarang sangat mudah. Anda boleh ke laman-laman web yang menghidangkan barang-barang organik khususnya ataupun buat sendiri di dapur..

Teruja untuk membuat sabun organik di rumah?
Dipersilakan menjemput saya untuk mengajar cara-cara membuat sabun organik memandangkan saya telah mengikuti kelas teknik membuat sabun pada tahun lepas..

Jika anda tiada masa untuk membuat sabun organik di rumah.. Jangam risau anda boleh dapatkan sabun homemade saya dengan harga special..

Marilah kita sama-sama bertukar kepada sabun organik. Anda akan rasakan perubahan positif pada diri anda.. Percayalah.. 

Ulasan

Catatan Popular