Jus Timun Detox

Jom sama2 detox badan..saya tergerak hati untuk mencuba sendiri buat jus timun di rumah gara2 seorang kenalan saya menceritakan pengalamannya merasa jus timun special di restoran..betapa sedapnya rasa jus timun tu..jadi saya pun cuba resepi baru malam ni..
Mudah sahaja nak buat jus timun ni. Saya gunakan sebiji timun, dibuang kulitnya dan di potong kecil2 untuk dikisar. Kemudian kisar timun dengan sedikit air lemon, air sejuk secukupnya, sedikit gula dan beberapa helai daun pudina..kisar sampai lumat dan siap..
Jom kita detox badan dengan jus timun special ni..
Rasanya? Ooo sedapp sangat..dan rasa segar 1 badan..nyaman sejuk je rasa..best..best..
Apa lagi..jom try..

Ulasan

Catatan Popular