Ayam Goreng Kunyit
Resepi kalini sangat senang dan simple je.. Saya peram ayam dengan serbuk kunyit sedikit garam dan minyak bijan. Kemudian saya gorengkan ayam tadi bersama bijan sampai garing. Angkat dan toskan minyaknya. Sambil tu tumiskan hirisan bawang puting dan bawang besar sampai wangi. Kemudian tambahkan sedikit sos tiram dan apa sahaja sos yang anda suka. Saya tambahkan juga pes nasi ayam hainan.. Masukkan sedikit air, mix vegie dan sedikit garam. Lepas tu masukkan ayam goreng td. Nak pedas saya tambahkan chilli flake dan serbuk cili. Jika nak sedap lagi gunalah cili padi..Goreng sampai sebati..Siap...senang je kan? Jom cuba.. :)
Ulasan
Catat Ulasan