Episod Jalan-jalan Cuci Mata ke Kundasang Sabah

Sekali sekala kita ni perlu juga cari masa untuk jalan2 cuci mata..supaya hidup lebih menarik..
Kalini saya berkesempatan bersama sahabat2 mencuri masa yang ada merehatkan minda ke Kundasang, Sabah. Perjalanan pergi pada 4 April 2016 yang lalu. Kami menaiki pesawat Rayani Air ketika itu..Alhamdulillah perjalanan kami lancar sahaja dengan rayani air..sebelum berlepas, kami diminta membaca doa perjalanan bersama2.Alhamdulillah..

Setibanya di Kota Kinabalu lebih kurang jam 10.00 pagi, kami terus mengambil kreta sewa (Proton Saga) sedan. Cukup untuk kami berlima. Cuaca di Kota Kinabalu ketika itu berjerebu teruk dan sangat panas. Kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Dalam perjalanan ke Kundasang, kami berhenti ke Rumah Terbalik. Kami tidak memasuki rumah terbalik disebabkan rasa kurang berbaloi kerana tidak dibenarkan mengambil sebarang photo di dalam rumah terbalik.

Sampai sahaja di Kundasang, kami mendaftar masuk ke Hotel Kinabalu Pine Resort. Kawasan sekitar hotel sangat cantik dipenuhi pokok bunga segar2..angin bertiup sepoi2 bahasa..udara di sana ketika itu sangat nyaman walaupun ada sedikit panas disebabkan dunia dilanda fenomena el nino ketika ini.
Aktiviti pada hari pertama adalah meninjau kawasan di situ. Kagum melihat komuniti penduduk di Kundasang yang membina penempatan di tepi2 gunung dan bukit. Hairan melihatnya dan terfikir di manakah jalan untuk sampai ke atas bukit yang jauh itu..

Pada hari kedua, seorang di antara kami tidak sihat dan terpaksa ke Hospital Ranau menerim rawatan.Alhamdulillah sebelum tengahari selesai rawatannya, kami terus ke Tagal Luanti (spa ikan) di Ranau. Sempat lagi kami memanjakan kaki di sungai yang dipenuhi ikan kelah. Cuaca panas sedikit pada ketika itu. Setelah selesai, dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Ladang Teh Sabah untuk melihat kebun teh di sana. Cuaca agak panas ketika itu. Kami teruskan perjalanan ke Kinabalu Park. Kami sempat mendaki sehingga kaki gunung kinabalu sahaja. Sempat bertemu dengan pendaki2 yang sedang bersiap sedia untik mendaki..permandangan di situ sangat cantik dan udara sangat sejuk dan nyaman...
Pada hari ketiga, bangun pagi2 lagi sudah bersiap semata mahu melihat permandangan gunung kinabalu dari pintu bilik hotel. Berebut2 la kami mengambil gambar gunung yang indah itu..sangat cantik dan sangat kagum melihatnya..

Pada sebelah pagi selepas breakfast, kami melawat ladang lembu susu Desa Cattle Farm. Perjalanan tidak jauh dari hotel. Sangat kagum melihat permandangan di situ. Cuaca di situ agak sejuk, nyaman dan indah sekali..tak jemu kami memandang puncak gunung kinabalu. Kelihatan juga lembu2 susu yang sihat meragut di padang ragut yang hijau..seperti berada di luar negara sahaja..

Pada sebelah petang, kami menjejaki bunga reflesia.. Kagum melihat anak2 bunga reflesia yang dijaga..Yuran masuk untuk melihat species bunga ni RM10/ seorang tapi berbaloi juga sbb dapat melihat bunga reflesia pada jarak dekat.

Kami meneruskan perjalanan ke Tambunan untuk melawat kawasan hutan simpan di banjaran crocker..perjalanan dari Ranau ke Tambunan lebih kurang 45km tetapi jalannya sangat mencabar. Setibanya di situ, kami sempat menikmati suasana hutan yang nyaman dan damai..
Pada hari ke empat kami bertolak pulang ke Kota Kinabalu dan sempat singgah di Pasar Filipina untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke semennjung..

Percutian selama 4 hari 3 malam di Kundasang ini mengambil budget lebih kurang RM500 / seorang termasuk tiket penerbangan. Walaupun sekejap tapi rasa puas sebab dapat menikmati permandangan yang indah sekali..terasa mahu ke sana lagi tahun depan..jom kita!
























Ulasan

Catatan Popular